• Imagen 1 JOURNALISM CLUB
    INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
  • Imagen 3 JOURNALISM CLUB
    INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM),

Followers


Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

[SKEMA 10] SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA KE-10





Assalamualaikum warahmatullah

SEBARAN PROMOSI SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA KE-10 [SKEMA 10]

TEMA: "MAHASISWA BERSINERGI PEMANGKIN LEGASI"

MENAMPILKAN;
IMAM MUDA Asyraf, Hilal Asyraf(Official) of Langit Ilahi, Abu Ridhwan of Langit Ilahi, Pn. Mazlina Ghazali (Pensyarah UIAM), Sir. Irwan Affendi Pensyarah Bahasa di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).

TARIKH: 21 OKTOBER 2012
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: MAIN AUDITORIUM, KULLIYYAH SENIBINA (KAED), UIAM GOMBAK
YURAN: RM15 SAHAJA.


Untuk pendaftaran, diminta untuk mengisi 'borang online' sama ada menggunakan aplikasi scan QR Droid (di bawah poster) ataupun terus ke link: https://docs.google.com/spreadsheet/embeddedform?formkey=dF9HNmdVR0RkMWdhV2tNdmVlM181TXc6MQ

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!

Wallahul Mustaan.

*Program kerjasama IIUM Journalism Club dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa)





Monday, July 16, 2012

Poster: I Love Allah


Our relationships with Allah is a LOVE story

So, communicate with HIM by reading al-Quran.

Grab this chance, and do direct communication with our Creator, Allah SWT!

#themostsweetrelationship^^



Thursday, July 12, 2012

[Poster] Hijab



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM
: Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH
: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Ketahuilah wahai muslimah, sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih.

Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya.

Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali meyakini bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa kamu masih meraguinya. ?

Jadi...

"...bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu BERJAYA."
(an-Nur: 31)

sumber: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html


Monday, July 9, 2012

Poster: Subuh yang Terpinggir

SUBUH YANG TERPINGGIR

Hari ini kita boleh lihat bagaimana keadaan SUBUH masjid, surau atau tempat solat di seluruh negeri di Malaysia.

Mungkin tidak perlu pergi jauh. Kita lihat tempat yang berdekatan dengan kita. Bagaimana, perlaksanaan solat subuh?

Lengang, sedih, kecewa~sampailah ada yang berani kata;

“Kita solat la,” Kata seseorang.

“Pukul berapa?,”

“Err.. subuh tadi lewat sikit. Lewat bangun, sedar-sedar dah pukul 7.45 pagi!,” Kata seolah-olah bersalah.

Sikap malas bangun awal pagi sebelum subuh sehingga terlepas solat subuh berjemaah berlaku mungkin kerana pelbagai sebab. Berikut antara sebab-sebabnya:

1. Tak mahu ikut jadual waktu yang Allah tetapkan. Contohnya, walaupun subuh masuk pukul 5.40 pagi, kita tetap hanya akan bangun pada pukul 6.00 pagi kerana itu jadual bangun pagi kita.

2. Terbiasa bangun lepas masuk subuh daripada kecil lagi. Setelah remaja, dewasa dan tua, payah juga nak buang tabiat ini, ditambah lagi orang lain pun sama sahaja. Buktinya, jumlah mereka yang hadir solat subuh berjemaah di masjid boleh dibilang dengan jari.

3. Tidak ada pun niat dan azam untuk bangun awal pagi dan solat subuh berjemaah. Tak ada pun dalam agenda harian. Tak rasa bersalah pun. Tak peduli pun. Slogan tersiratnya ialah "what a big deal"?

4. Tidur lewat malam. Tak kira sama ada kerana bergebang di kedai kopi, menonton TV, berborak, berinternet dan sebagainya. Tidur lewat maka payahlah nak bangun pagi awal-awal sebelum subuh.

5. Takut mengantuk masa kerja kalau bangun awal sangat, takut sangat terkurang tempoh masa tidur sampai rela lepaskan solat subuh berjemaah di masjid.

6. Ada yang memegang prinsip "yang penting aku dah solat subuh walaupun seorang diri".

7. Tak tahu pun solat subuh berjemaah di masjid tu amat besar pahalanya.

8. Kalau tahu pun solat subuh berjemaah di masjid tu amat besar pahalanya, tak kuat pula hati membenarkan balasan pahalanya.

9. Tidak ada dalam hatinya menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan kecuali sekadar beriman. Ertinya orang ini sebenarnya tak berapa kenal Rasulullah SAW kerana tidak pernah serius ambil tahu pasal Baginda.

10. Tak besungguh nak bangun subuh. Tak tetapkan pun alarm telefon atau jam supaya mudah bangun sebelum subuh.

11. Tak takut berperangai sama seperti orang-orang munafiq zaman Rasulullah SAW yang sukar nak datang solat subuh dan isyak berjemaah.

Wahai kawan-kawan, biasakan bangun Subuh awal, dan lakukan solat sunat di waktu dinihari. Ia adalah sumber energi yang sangat istimewa, mengesani dan berpengaruh.

Ia adalah amalan orang-orang yang soleh, tawaduk, warak dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Marilah kita mulakan hari dengan kesan air wudhuk yang diambil sebelum berkumandangnya azan.

Saat itu, jiwa dan hati akan tenang. Kesan ibadah akan memberikan kekuatan yang luarbiasa serta membentuk keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sepenuh jiwa.

Bagi yang sudah biasa dengan berpagi-pagian dengan solat Subuh, tentu ada kesan kepada jiwa dan hatinya. Bukan itu sahaja, pada wajahnya dan riak kesungguhan tekadnya ada keunikan. Ketenangan, kejernihan, kebersihan dan semangat yang menceriakan!

InsyaAllah, jom bangun subuh awal. Hari kita dimulakan dengan penuh keceriaan, bersemangat tinggi dan terasa segar sepanjang masa.

Gerak kempen ini. Dimana-mana, rumah, asrama, hostel, di kem atau di mana sahaja.

Mari renungi apa yang Rasulullah SAW kata;

"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh.

Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.

Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka."

(Sahih Muslim 2, #610)

Semoga kita semua menjadi ahli Subuh!



***********************************************************

sumber;
[1] http://langitilahi.com/3298
[2] http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2380-kenapa-susah-sangat-kita-solat-subuh-berjemaah.html


Monday, July 2, 2012

Poster: I'dad Ramadhan



I'dad bermakna persiapan dan hanya beberapa hari kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Mari perkemaskan langkah kita sebelum waktunya tiba!

1- I’dad Ruhi, yakni persiapan Rohani (Soul) dan Jasadi (Body).

Bagi orang-orang yang soleh, mereka akan merasakan ini adalah peluang melipatgandakan amalan.

Justeru, persiapan yang awal adalah perlu sebelum datangnya Ramadhan yang diberkati.

Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban.

Biasanya mereka berdoa : “Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Dosa amat mencacatkan Ramadhan kita. Oleh itu, perbanyakkan Taubat kepada Allah, mohon keampunannya dan sebaik mungkin jauhilah maksiat sama ada kita buat dalam gelap, terang, sendirian mahupun berkumpulan.

'Warming up' itu perlu. Perbanyakkan amalan puasa sunat. Dari situ, kita akan menjaga kualiti puasa kita sepanjang ramadhan.

Ini kerana mungkin semasa kita melakukan 'warming up', berlaku sesuatu di luar dugaan yang boleh mencacatkan Ramadhan kita(seperti mengumpat, mencarut, dan masalah hati lainnya).

Ini sekadar latihan untuk Ramadhan yang akan datang

2- I’dad 'Aqli, yakni persiapan Mental (Mind).

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan minda yang lebih kuat dan bersedia daripada biasanya.

Sebab, jika mental lemah, boleh jadi kepuasan yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara maksimum.

Maka, ikutilah i'dad Rasulullah SAW dan para sahabat RA membiasakan diri melatih mentaliti seawal bulan rejab lagi supaya kita terbiasa dengan berpuasa, banyak berinteraksi dengan al- Qur’an, terbiasa bangun malam (qiyamul-lail) dan lain-lainnya.

Ini penting supaya kita tidak mencari alasan, menyalahkan ramadhan atas kecuaian, ketidak'prepare'an sewaktu rejab dan sya'ban dalam mengharungi Ramadhan.

3- I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan (Knowledge).

Agar ibadah Ramadhan dapat diterima semaksimumnya, tasawwur (persepsi) yang sahih tentang Ramadhan adalah perlu.

Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini perlu supaya kita mampu beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW yang Sahih dan menjauhi perkara-perkara di luar sunnah (bid'ah).

Bid'ah mampu mencacatkan Ramadhan kita selain merendahkan amalan kita di sisi Allah SWT.

Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk kita siapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan dan semoga ianya diterima oleh Allah SWT serta diberikan ganjaran yang sewajarnya.

InshaAllah, sama-samalah kita merebut dan meraih segala ganjaran di bulan Ramadhan yang Mulia ini kerana segala amalan ibadah akan dilipat gandakan amalannya.

Admin mendoakan kita semua terus Istiqamah untuk menjadi hebat hasil Tarbiyah Ramadhan. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi, hebatkan diri.

Salam Ramadhan 2012

Thursday, June 7, 2012

Poster: Apakah benar Allah meninggalkan kita?

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

surah al-A'raf: 42

JANGAN PUTUS ASA

Apabila ujianNya datang tiba, kita sering mengeluh. Kita berdoa, namun seperti doa kita seperti tidak dijawab.

Kita mohon pertolongan, namun tiada siapa yang datang membantu.

Kita rasa seperti ditinggalkan, tidak mampu menanggung lagi bebanan lalu kita hilang percaya akan pertolonganNya.

Apakah benar Allah meninggalkan kita?

Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.

Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.

Lalu kita muhasabah, kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?

Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?

Ketahuilah, ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.




ALLAH PERCAYA KEMAMPUAN KITA

Tanya diri kita, mampukah kita menanggungnya?

Jawapannya, ada dalam diri kita. Optimis dan terus positif kerana Dia percaya kita mampu menanganinya.

Oleh itu, selalulah bersangka baik pada Allah apabila ditimpa ujian, bebanan, dugaan kerana Allah sedang melihat kita dan Dia ingin menguji apakah kita mahu kekal bertahan dan percaya akan rahmat dan nikmat Allah?

Atau mengalah, menjadi orang yang rugi selama-lamanya?



"...La nukallifu nafsan illa wus'aha..."
Kami tidak akan membebani kamu melainkan mengikut kemampuannya-[al-A'raf: 42]


Sunday, May 27, 2012

POSTER: 10 Muwasofat Tarbiyah





In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.





[Tarb✔yah]
10 Muwasofat  [Traits]Tarb✔yah;

-Aq✔dah yang sejahtera,
-✔badah yang sah✔h,
-Akhlak yang mantap,
-Luas berpengetahuan,
-S✔hat tubuh badan,
-Mampu berd✔kari,
-Melawan hawa nafsu,
-Sangat menjaga masa,
-Bermanfaat pada orang la✔n,
-Tersusun urusannya,

-------------------------------
Ingin membina peribadi yang BERS✔H dari segala penyelewengan?Kami ada solusinya.

Oleh itu, anda d✔sarankan supaya melaksanakan 10 tuntutan-tuntutan tuntutan tersebut keatas diri anda.

Mulakan dari sekarang, dan BERS✔Hkan diri anda.


Tuesday, May 22, 2012

[Tarbiyah] Melangkah Walaupun Payah


In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

http://paksi.net/v1/wp-content/uploads/2012/05/holdmyhand.jpg
Melangkahlah walau payah, kerana itulah mahar ke Jannah!


Di tengah-tengah musim revision week ini, sering kita dengar perkataan nantilah, kejaplah, petang nilah aku study dan sebagainya. Moga artikel dibawah mampu menghapuskan sifat malas didalam jiwa bagi mengharungi perjuangan sebenar sebagai seorang mahasiswa. InshaAllah.




"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla. Wa anta taj'al hazanassou'ba in syi'ta sahla"
Ya Allah! Tiada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

Mahar sebuah kemanisan

Semakin payah perjalanan, semakin manis kejayaan yang bakal dirasakan. Boleh jadi kemanisannya begitu signifikan sehinggakan kita lupa bahawa kita pernah melalui kepayahan sebelumnya. Mengharap pada sebuah perjalanan yang mudah selalu membuatkan kita kalah ketika kepayahan menjengah. Tujuan kita besar, matlamat kita hebat, namun langkah kita selalu tersekat kerana mengharapkan kejayaan yang dekat dengan perjalanan yang singkat. Keinginan untuk mencapai sesuatu yang kita yakini keutamaannya, harus sentiasa disertai kesanggupan menempuh segala kepayahan yang bakal muncul.

Sang mentol lahir setelah begitu banyak siri kegagalan yang ditempuh Thomas Edison dalam upaya merealisasikannya. Namun, manisnya kejayaan beliau sampai boleh dikongsi dengan seluruh dunia. Nikmatnya ketika sampai di puncak gunung tak mungkin dirasai oleh orang-orang yang tidak cukup sabar menempuh keperitan mendaki. Ada satu ungkapan yang boleh kita renungkan, “it’s not only about the destination, but it’s about the journey”. Kejayaan itu adalah sebuah anugerah yang dikurniakan Allah kepada sesiapapun yang Dia kehendaki. Namun, kita harus memilih perjalanan yang ingin kita lalui. Jadi, jangan risau wahai sang murabbi jika binaan belum menjadi. Boleh jadi di tanganmu nanti akan lahir binaan asli yang menjadi tiang-tiang kebangkitan Umat ini.



Payah itu lumrah perjuangan

Perjalanan hidup para pejuang sentiasa disertai kepayahan sepanjang jalan. Nabi Ibrahim AS diuji oleh Allah SWT dengan kepayahan demi kepayahan di setiap fasa kehidupannya, sejak muda belia sehingga tua, dan akhirnya Allah mengiktiraf baginda di dalam Al-Quran atas kejayaannya menghadapi dan melepasi setiap kepayahan yang didatangkan.

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”…” 
(al-Baqarah: 124)

Kepayahan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW juga sangat dahsyat, disusuli oleh sukarnya perjalanan yang dihadapi para sahabat baginda SAW. Peluh, darah, air mata, harta, bahkan jiwa, sudah banyak sekali dikorbankan untuk memastikan perjuangan menegakkan kebenaran itu sentiasa berlangsung. Akhirnya Islam sampai kepada generasi kita.
Itulah lumrah perjuangan.

Hidupnya sesebuah perjuangan itu pasti disertai kepayahan dan pengorbanan. Kepayahan itulah yang menjadi ‘bunga-bunga’ yang ditaburi di sepanjang jalan para pejuang. Pengorbanan itulah yang menjadi bara agar api perjuangan menegakkan kebenaran dan menyebarluaskan kebaikan itu tidak pernah padam.



Janganlah kepayahan menggugah langkah

Perjuangan pertama yang perlu kita gencarkan dalam usaha menyebarluaskan kebaikan adalah perjuangan melawan kehendak dan dorongan hawa nafsu diri sendiri. Langkah seterusnya adalah untuk berhadapan dengan faktor-faktor luaran, setelah kita berjaya melepasi ‘musuh-musuh’ dalaman. Ya, permulaan inilah yang paling payah. Setiap niat dan tekad selalu disusuli dengan ujian malas dan beralasan. Pada paginya iman kita segar dan kita telah membuat tekad untuk turut serta pada program tarbiyah yang akan diadakan pada malamnya (contohnya). Menjelang malam, kemalasan menjengah, alasan pun muncul agar kita meminta uzur. Langkahpun diatur untuk berundur.

Bagaimanakah kebangkitan Umat akan bisa terjadi jika para pemuda yang menjadi nadi perjuangan ini sering berpatah balik dan tidak bersungguh-sungguh? Bagaimana mungkin kita dapat mencapai matlamat-matlamat yang diimpikan jika alasan-alasan yang terkumpul itu lebih banyak daripada amal dan pelaksanaan? Jika perjuangan itu sebuah tubuh, maka para pejuang adalah jantungnya. Jika jantung malas berdegup dan terhenti, perjuangan akan menjadi layu dan mati.

Ketika para pemuda di negara-negara Umat Islam yang sedang di ambang peperangan diberi kemuliaan oleh Allah dengan tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk istiqamah dalam mempertahankan kebenaran dan memperjuangkannya, kita diberikan ‘kelonggaran’ dengan sering memilih untuk beralasan dan melalaikan perjuangan. Ketika kita kasihan melihat mereka yang tiada ‘kehidupan’ seperti kita, mereka bahkan kasihan melihat kita yang hidup ‘selesa’ dalam dakapan lemahnya azam dan cita-cita.

Di saat ayat-ayat Al-Quran dilantunkan kepada kita, “berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun merasa berat”, adakah hati kita tidak tersentuh untuk terus teguh? Mungkin kita merasakan mampu memberi alasan-alasan yang ‘wajar’ apabila dipersoalkan di hadapan Allah nanti. Jika ‘payah’ itu adalah sebuah alasan yang kita rasakan wajar, maka para rasul lebih dahulu wajar memberikan alasan-alasan tersebut kerana kepayahan yang mereka alami maha dahsyat. Begitu juga para pemuda di negara-negara Umat Islam ditindas lebih wajar memberikan alasan. Kepayahan apakah yang dapat kita hadirkan di hadapan Allah untuk dijadikan sebagai alasan nanti?

Walau kita terpaksa menitiskan air mata kerana sakitnya perjalanan yang ditempuh, janganlah kita memilih untuk berpatah balik semata-mata untuk menikmati ketawa yang tidak lama. Walau kita terpaksa menanggung keperitan jiwa akibat perjuangan yang begitu mencabar dan berliku, janganlah kita tinggalkan para pejuang dan memilih dunia yang begitu mengiurkan.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” 
(al-Kahfi: 28)

Melangkahlah walau payah, kerana itulah mahar ke Jannah!

 sumber: http://paksi.net/v1/2012/05/tazkirah-melangkah-walau-payah/


Tuesday, April 17, 2012

In Memory: As-Shahid Aziz ar-Rantissi (23 October 1947–17 April 2004)



Pada hari Sabtu, 17 April 2004 kerajaan haram Israel sekali lagi mengejutkan dunia dengan pembunuhan pemimpin HAMAS, Dr Abd Aziz Ar-Rantisi selepas sebelum itu mereka juga telah membunuh As-Syahid Ahmad Yasin hanya beberapa bulan sebelumnya. Jika As-Syahid Ahmad Yasin dibunuh setelah keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh, Dr Abd Aziz ar-Rantisi dibunuh setelah menunaikan solat Maghrib di al-Ghafri, utara Gaza.

Selepas hanya tiga tahun, suasana politik di dalam bumi Palestin berubah sama sekali; HAMAS berubah daripada gerakan pembangkang kepada penguasa yang memaksa dunia untuk berinteraksi dengan mereka dengan cara yang lain dari sebelum ini. Sebahagian dari penduduk Palestin menyandarkan kejayaan ini (selepas menyandarkannya kepada Allah) kepada kedua-dua syahid.
Berikut adalah terjemahan petikan temubual Ikhwan Online dengan isteri as-Syahid Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, Rasya al-Adluni yang dilakukan sempena mengingati tiga tahun pemergian as-Syahid.

Rasya:



Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
“Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka.” (Al-Ahzab: 23)

Di sana terdapat ramai syuhada’ yang telah pun pergi menemui Allah lalu mendapat ganjaran yang lebih baik dan lebih kekal bagi mereka. Yang lain, saudara-saudara mereka masih lagi setia terhadap janji mereka dan tidak sekali-kali mengubahnya. Allah mentakdirkan mereka menang di dalam pilihanraya di peringkat parlimen. Allah mentakdirkan mereka berjaya membentuk kerajaan dan berada di kedudukan yang mulia ini. Walau pun menghadapi pelbagai konspirasi, kerajaan HAMAS tetap berdiri teguh dan akan terus berdiri teguh. Di masa yang sama mereka masih lagi kekal berpegang kepada manhaj yang telah mereka pilih bersama-sama saudara-saudara mereka dan mereka berjanji akan terus berpegang dengannya hingga mereka bertemu Allah.

Inilah pandangan saya terhadap suasana sekarang. Saya berdoa kepada Allah agar Dia membantu semua saudara kita di dalam gerakan HAMAS yang masih tidak merubah janji mereka. Agar Allah membantu mereka di dalam perjalanan mereka di atas jalan ini sehinggalah Palestin keseluruhannya dibebaskan dan risalah saudara-saudara mereka yang telah pergi dapat disempurnakan.

Ikhwan Online:

Bagaimanakah Puan melihat HAMAS sekarang dan sebelum mereka menjadi kerajaan?

Rasya:

Semua orang perlu mengetahui bahawa HAMAS adalah pertubuhan yang berdiri di atas prinsip syura di antara ahli-ahlinya. Apa yang dilakukan oleh saudara-saudara kita sekarang hanyalah kesinambungan apa yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan kita yang telah pergi. Manhaj mereka sama dan jalan mereka juga sama. Oleh kerana itu, ketika saudara-saudara kita memasuki medan politik pada hari ini, itu bukanlah satu pengalaman baru buat mereka. Syeikh kita yang mulia, Ahmad Yasin pernah melakukan perjanjian genjatan senjata yang panjang dengan pihak Zionis. Beliau telah merangka plan untuk melakukan islah dan perubahan sebelum beliau dan Dr Abd Aziz menemui syahid. Dengan itu saudara-saudara kita tidak lain hanyalah meneruskan jalan saudara-saudara mereka yang telah pergi. Saudara-saudara kita di dalam HAMAS berjuang berdasarkan maslahat rakyat Palestin. Mereka berlegar di mana maslahat tersebut berada. Permulaannya adalah pada jihad. Ketika mereka berlegar di sekitar operasi jihad, mereka tidak menjauhkan diri mereka dari aktiviti politik. Sebaliknya kita mempunyai pimpinan politik sejak bertahun sebelum ini di dalam dan di luar Palestin.

Untuk menyempurnakan peranan amal politik, mereka mencalonkan diri di dalam pilihanraya peringkat parlimen dan berjaya membentuk kerajaan. Tetapi mereka tidak meninggalkan perjuangan asal. Dengan itu saya menegaskan bahawa mereka berada di atas jalan yang sama yang ditinggalkan oleh saudara-saudara mereka yang telah pergi. Mereka tidak mengubahnya dan tidak juga menukarnya. Mereka akan terus begitu sehinggalah mereka bertemu Allah sebagai syuhada’ dengan izin Allah.

Ikhwan Online:

Adakah rumah Dr. Ar-Rantisi kehilangan tetamu dan pencintanya sesudah beliau menemui syahid atau adakah rumahnya masih lagi sibuk seperti ketika beliau masih lagi hidup?

Rasya:

Dengan limpah kurnia Allah, saya dan anak-anak berjanji untuk berjalan di atas jalan yang sama. Kami berdoa agar kami menjadi sebaik-baik pengganti kepada sebaik-baik manusia yang telah pergi. Risalah ini menjadi tanggungjawab kami untuk menyempurnakannya. Rumah ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menziarahinya. Dengan limpah kurnia Allah juga kami masih lagi berhubung dengan sesiapa sahaja yang menziarahi dan berhubung dengan Dr Abd Aziz ar-Rantisi. Apa yang kemungkinan kurang adalah wartawan-wartawan yang sebelum ini datang dalam jumlah di luar jangkaan kami. Ini kerana Dr. Abd Aziz mempunyai personaliti yang menarik perhatian media.

Ikhwan Online:

Bagaimana layanan anggota HAMAS kepada anak-anak pimpinan besar dan pengasasnya selepas mereka menemui syahid?

Rasya:

HAMAS dengan limpah kurnia Allah adalah pergerakan yang kuat ikatannya. Apa yang wajib ke atas mereka ketika pimpinan mereka masih hidup tidak berubah sesudah pimpinan itu meninggal dunia. Bukan sahaja kepada anak-anak pimpinan tetapi juga kepada semua ana-anak pengikut HAMAS yang telah meninggal dunia. Mereka melayannya dengan cara yang sama. Mereka memelihara anak-anak itu. Bagaimana tidak, sedangkan mereka telah berjanji akan menjadi pengganti pejuang-pejuang itu bagi keluarga mereka. Dengan limpahan Allah, HAMAS yang berjanji untuk melaksanakan Islam secara syumul tidak pernah meninggalkan walau pun satu kewajipan. Di antara kewajipan tersebut adalah memelihara anak-anak syuhada’ samada mereka anak-anak pimpinan atau tidak. Begitu juga dengan anak-anak tahanan.

Ikhwan Online:

Siapakah tokoh-tokoh yang masih berhubung dengan keluarga Puan sehingga ke hari ini?

Rasya:

Semua tokoh HAMAS masih berhubung dengan kami tanpa kecuali seorang pun. Di antara tokoh yang paling menonjol yang masih berhubungan dengan kami adalah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri, Dr. Ahmad Bahr, Dr. Ismail Ridhwan dan tokoh-tokoh lain; menteri-menteri dan barisan pimpinan yang biasa kita lihat di kaca televisyen. Tidak ada hari keraian yang mereka tidak bersegera menemui kami. Kesibukan mereka tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak syuhada’ dan tahanan.

Ikhwan Online:


As-Syahid adalah seorang peribadi yang menonjol. Adakah Puan atau sesiapa sahaja terfikir untuk menulis tentang riwayat hidupnya? Adakah terdapat mana-mana badan yang berminat untuk menulis? Atau adakah ada mana-mana pelajar yang diketahui ingin menulis tesis di peringkat Sarjana atau PhD berkenaan as-Syahid?

Rasya:


HAMAS sedang mengumpulkan bahan tentang ini. Mungkin saya tidak begitu mengambil peduli hal seperti ini dan menyerahkannya kepada HAMAS. HAMAS lebih layak untuk menjaga anak-anaknya dan HAMAS lebih lama bergaul dengan as-Syahid daripada kami. Dengan itu saya atau anak-anak dan ahli keluarga kami tidak mengambil peduli hal ini. Saya berdoa kepada Allah yang maha berkuasa agar kisah riwayat hidup ini terbit tidak lama lagi.

Ikhwan Online:


Walau pun terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Zionis yang bertanggungjawab membunuh suami Puan,kenapa Puan sehingga hari ini masih tidak mengemukakan dakwaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa agar mereka dihadapkan ke mahkamah sebagai penjenayah perang?

Rasya:


Adakah kamu menjangkakan bahawa kami akan menuntut sedemikian? Sedangkan kita tahu dengan penuh kepastian bahawa yang memberi bantuan dan sokongan kepada penjenayah perang tersebut adalah mereka walau pun mereka berselindung di sebalik Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan slogan hak asasi manusia. Ianya jelas seumpama cahaya matahari dan inilah hakikat sebenar. Adakah kita mahu memperbodohkan diri kita sendiri?

Ikhwan Online:

Adakah budaya cintakan mati syahid sebagai mana yang menjadi keistimewaan rakyat Palestin itu yang menghalang Puan melakukan demikian?

Rasya:


Pada kadar yang begitu banyak, semua anak-anak bangsa ini menunaikan fardhu jihad. Kita tahu bahawa harga untuk kebebasan Palestin adalah darah rakyat Palestin. Apabila kita kiaskan itu dan segala perkara yang wujud di atas bumi nyata, kita akan tahu secara pasti bahawa merekalah yang memberikan senjata kepada Zionis untuk membunuh pahlawan-pahlawan itu. Pembunuhan pejuang-pejuang itu dengan menggunakan senjata siapa? Ia adalah senjata Amerika dan Eropah. Dengan itu saya mengulangi kata-kata saya: “Hakikat adalah jelas.” Jika sekiranya mereka benar, kami cuma meminta supaya pertubuhan-pertubuhan itu mengangkat perlindungannya kepada Zionis dan tidak memberikan bantuan kepada mereka.

Ikhwan Online:

Pada peringkat individu dan kehidupan dalam masyarakat, apakah Puan rasai kehilangan sesuatu setelah pemergian as-Syahid?

Rasya:

Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.

Ikhwan Online:

Lari sedikit dari isu politik, bagaimana kehidupan as-Syahid sebagai suami? Adakah kedudukannya sebagai pimpinan HAMAS memberi kesan kepada peranannya terhadap anak-anak Puan?

Rasya:

Sesungguhnya akhlak beliau menyamai akhlak Rasulullah s.a.w. yang pernah bersabda: “Akulah yang terbaik terhadap keluarganya.” Saya menjadi saksi bahawa Abu Muhammad (ar-Rantisi) adalah sebaik-baik suami, sebaik-baik ayah, sebaik-baik datuk dan sebaik-baik pemimpin. Kerana Allah beliau tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Tidak ada tapak yang dipijaknya kecuali akan menyakiti hati musuh. Hasil perkongsian hidup bersama-samanya saya dikurniakan empat orang anak perempuan; Inas, Samar , Aasia dan Asma’. Juga dua orang anak lelaki; Muhammad dan Ahmad. Peranan saya ketika hidupnya adalah peranan seorang wanita muslim yang memahami risalahnya dengan baik; risalah Islam dan risalah dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Risalah inilah yang menjadikan saya berdiri teguh di belakang Dr. Abd Aziz.

Ikhwan Online:

Adakah Puan masih ingat bagaimanakah bermulanya perkenalan antara Puan dan Dr. ar-Rantisi? Adakah Dr. Ar-Rantisi aktif di dalam amal politik pada waktu itu?

Rasya:

Hubungan saya dengan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi sama seperti mana-mana keluarga Palestin muslim yang lain. Hubungan biasa. Beliau menemui keluarga saya untuk meminang saya dan kami menerima pinangan tersebut. Saya telah dapat merasai wujudnya peranan yang akan dimainkan oleh seorang wanita muslim secara umum dan peranan isteri seorang pegawai perubatan dan ahli politik secara khusus. Tugas saya bukan sekadar untuk berpakaian cantik dan berhias. Tetapi saya telah pun menyediakan diri saya untuk memainkan peranan yang akan dituntut dari saya. Abu Muhammad adalah seorang pegawai perubatan. Beliau sibuk berulang alik dari hospital ke klinik dan wad kecemasan. Saya tidak pernah mencemuhnya jika dia tidak berada di rumah sebaliknya saya menganggap itu semua sebagai jihad. Saya mesti bersabar dan menyediakan kerehatan dan kebahagian ketika beliau masuk ke rumah dan bukannya mencemuh atau membebel. Pada waktu itu, Dr. Abd Aziz belum bergiat aktif di dalam amal politik. Beberapa tahun selepas itu beliau bergabung dengan HAMAS dan seluruh waktunya selepas itu adalah untuk amal politik. Saya mengambil tanggungjawab mentarbiah anak-anak. Peranan yang saya mainkan ini banyak meringankan beban Dr. Abd Aziz ketika beliau di dalam tahanan, dibuang daerah, di dalam buruan dan selepas itu menemui syahid.

Ikhwan Online:

As-Syahid ar-Rantisi pernah dibuang daerah dan menjadi buruan sebelum menemui syahid. Moga-moga Allah merahmatinya. Itu adalah kehidupan seorang mujahid yang dipenuhi dengan ujian. Bagaimana dengan keadaan ketika beliau di dalam tahanan?

Rasya:

Ketika beliau di dalam tahanan, kami sentiasa berhubung dengan beliau. Samada dengan menziarahinya atau melalui surat-surat yang dikirim melalui persatuan Palang Merah atau melalui pemuda-pemuda yang dibebaskan dari tahanan. Ini sama seperti tahanan-tahanan yang lain. Beliau mengingatkan saya prinsip “Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermenfaat bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyyat: 55). Sesungguhnya itu memainkan peranan yang besar kepada saya untuk terus teguh mendidik anak-anak. Saya tidak pernah selama-lamanya berasa terputus dari dunia Dr. Abd Aziz.

Ikhwan Online:

Apa perasaan Puan selepas satu cubaan membunuh ar-Rantisi gagal sebelum ini?

Rasya:

Kamu bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Percayalah, pada waktu itu saya menyiapkan perasaan saya untuk menghadapi apa yang akan berlaku selepas itu. Saya tidak berhenti setakat melihat peristiwa itu sahaja. Berita itu sampai kepada saya di tempat kerja. Pengurus menghubungi saya selepas mengetahui kisah tersebut dan bertanya: “Apa yang Puan mahu kami lakukan untuk Puan?” Saya menjawab: “Saya mahu pulang ke rumah dan menyambut orang ramai yang akan datang mengucapkan selamat.” Dengan keyakinan diri yang tinggi, itulah yang saya lakukan.

Ikhwan Online:

Bagaimana dengan detik pertemuan semula dengan Dr. Abd Aziz selepas cubaan membunuh tersebut?
 

Rasya:

Ia adalah pertemuan yang biasa. Ini kerana saya yakin bahawa apa yang akan menimpa saya tidak akan meleset dan apa yang ditakdirkan tidak menimpa saya, ia tidak akan berlaku. Keimanan yang sedemikian menjadikan kita tidak bergembira berlebihan. Kita mengetahui bahawa itu adalah ketentuan Allah dan wajib ke atas kita untuk mensyukuriNya. Saya tahu bahawa ketika Allah menyelamatkan suami saya, itu hanyalah untuk satu tempoh waktu yang terlalu pendek dan untuk menyiapkannya memikul peranan yang akan dipikulnya. Dia mesti menyempurnakan risalah tersebut sebelum ajal menemuinya. Percayalah perasaan ini menjadikan diri saya kuat. Ini tidak bermakna bahawa kewujudan dan kehilangan Dr. Abd Aziz tidak memberi kesan kepada diri saya. Sebaliknya ini adalah keimanan kepada takdir Allah.

Ikhwan Online:

Ar-Rantisi menemui syahid selepas cubaan membunuhnya kali ketiga. Bagaimana perasaan Puan ketika hari nahas tersebut?

Rasya:


Berkaitan dengan peristiwa pembunuhan tersebut; Allah memilih Dr. Abd Aziz untuk menjadi syahid. Kamu bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Saya katakan di sini bahawa saya cukup terkesan. Saya tidak mengatakan bahawa jiwa saya keras. Saya cukup terkesan ketika saya mengetahui bahawa suami saya berada di ICU dan ketika saya tahu bahawa peluru itu ditujukan kepada Dr. Abd Aziz. Tetapi saya telah menyiapkan diri selepas saya tahu bahawa beliau adalah sasaran serangan tersebut dan beliau sekarang ini berada di ICU. Selepas itu saya tidak mengambil sikap menunggu sahaja berita kematiannya. Sebaliknya saya mengambil wudhu’ dan memakai pakaian yang sesuai untuk menyambut orang ramai yang akan datang menenangkan saya. Saya menunaikan sembahyang Isyak dan berdoa kepada Allah agar meneguhkan saya dan anak-anak di atas syahidnya Abu Muhammad.

Ikhwan Online:


As-Syahid ar-Rantisi tidak pernah hilang dari ingatan. Apakah kenangan bersama as-Syahid yang paling Puan ingati?

Rasya:

Kehidupan Dr. Abd Aziz keseluruhannya adalah kenangan. Apakah ada kesakitan yang akan dirasai lebih dari perasaan kehilangan suami kamu ketika dia di dalam tahanan; samada ketika penjajahan atau di zaman pemerintahan Pihak Berkuasa Palestin? Saya masih ingat di dalam salah satu siri penahanan yang berlaku kepada Dr. Abd Aziz. Ketika itu dia dalam perjalanan balik ke rumah. Kebiasaannya dia akan menalipon saya dalam perjalanan balik ke rumah dan memberitahu bahawa dia sekarang berada di tempat sekian sekian. Ketika dia sampai pintu rumah, saya tidak menyedari bahawa ketika itu pihak berkuasa sedang menunggunya. Waktu ketika itu adalah pukul 11 malam. Mereka menahannya. Mereka tidak memberinya peluang langsung untuk masuk ke dalam rumah untuk memberitahu saya bahawa dia akan dibawa ke tahanan. Ini bukanlah satu pengalaman yang mudah bagi saya.

Ikhwan Online:

As-Syahid dikenali sebagai seorang yang sungguh periang. Bagaimana dengan kenangan manis bersama Dr. Abd Aziz?

Rasya:

Dr. Abd Aziz adalah seorang yang periang dan ceria. Nampak keceriaannya kepada sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya. Maka sudah tentulah ia juga dirasai oleh ahli keluarganya. Pada satu hari saya menghukum anak saya perempuan setelah saya bersungguh-sungguh memintanya untuk melakukan sesuatu. Saya memukulnya dengan tepung yang diuli. Pukulan itu tidak kuat tetapi ia meninggalkan kesan psikologi pada anak perempuan saya. Ketika Abu Muhammad pulang, saya menceritakan peristiwa itu. Saya memintanya untuk merawat perasaan anak kami. Kami duduk bersama sekeluarga. Dr. Abd Aziz mula menjernihkan suasana.

Beliau mengarang satu syair secara spontan:
Jangan hairan wahai saudaraku
Dengarlah kisahku ini
Akulah akulah
Orang yang kulitnya disaluti tepung


sumber: http://dakwah.info/biografi/dr-abd-aziz-ar-rantisi-dalam-kenangan/

Friday, March 23, 2012

WHAT AFTER SPM?: MENGEJAR CITA-CITA

Assalamualaikum

Tahniah kepada adik-adik lepasan SPM 2011 dengan keputusan yang diperolehi. Apapun keputusannya, jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT. Walaupun SPM telah berlalu, namun kehidupan sebagai seorang hamba Allah perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Artikel ini baik untuk difahami, kemana arah tuju sebenar kita dalam menempuh hari-hari mendatang. Ia tidak terhad kepada lepasan SPM, semua yang mahu mengejar cita-cita juga harus membacanya. Moga Ianya bermanfaat. InshaAllah.


MENGEJAR CITA-CITA

SMiK sToRy_5_Let's_Go_Home_01 by Deviantart


Setiap kali tibanya saat keputusan peperiksaan utama diumumkan, maka persoalan cita-cita kembali hangat diperkatakan. “Apa cita-cita awak?” “Awak nak jadi apa?” “nanti dah besar nak kerja apa?” dan berbagai lagi ragam soalan yang membawa makna yang hampir sama sering berlegar di kalangan para pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan, mahupun ibu bapa mereka yang perihatin akan nasib dan masa depan anak-anak mereka.

Bahkan yang lebih gawat, jika dahulu anak-anak yang agak dewasa atau yang telah selesai persekolahan sahaja gusar soal kerjaya, cita-cita dan laluan peningkatan kehidupan mereka, tapi kini soal cita-cita telah mula difikirkan oleh anak-anak kecil sejak di tahap tadika lagi. Seolah-olah, generasi kini didesak memikirkan masa depan mereka seawal usia yang masih kecil. Di saat anak-anak ini baru ingin mengenal dunia, baru hendak bertatih dan belajar kemahiran hidup, mereka telah disogokkan dengan soalan “dah besar nanti nak jadi apa?” “nanti nak kerja apa?”

Satu pemerhatian lagi, yang lebih merisaukan adalah tiadanya cita-cita di kalangan pelajar yang baru tamat persekolahan ini. Saya bertemu beberapa remaja, atau dihubungi oleh remaja, yang nampaknya masih keliru akan laluan kerjaya mereka. Setelah tamat sekolah, mereka masih keliru akan bidang yang ingin mereka ceburi. Bahkan ada yang terus terang mengatakan mereka masih tiada cita-cita. Ada yang tidak nampak lagi apa yang hendak buat lepas tamat sekolah nanti. Hendak sambung bidang pengajian apapun masih kabur lagi. Apa yang diminati pun tak pasti. Apa yang diminati, tak mampu dipelajari, atau tak cukup syarat pula untuk sambung belajar.

Begitu juga mereka yang telah bekerja, atau telah tamat pengajian tinggi. Ada yang mengadu pada saya, tidak minat bidang yang diceburi. “Saya tersalah pilih bidang…” “Kenapa lah saya belajar subjek ni? Tak guna pun dalam kerja sekarang ni!” “setelah beberapa tahun kerja bidang ni, saya tak nampak ke mana saya nak tuju…” “dah lebih sepuluh tahun saya buat kerja ni, tapi cita-cita saya masih belum tercapai…”. Kategori ini lebih parah, kerana mereka hidup dalam keadaan memendam cita-cita dan harapan. Derita dalam diam.

Hakikatnya, inilah fitrah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang diperolehi. Di dalam satu hadith Rasulullah SAW, mafhumnya

“Jika diberikan satu wadi (lembah) emas kepada anak Adam, nescaya dia akan mencari lembah yang kedua, tidak pernah cukup, sehinggalah tanah memenuhi mulutnya (iaitu mati)”

Ketika membicarakan persoalan ini, guru saya berkata, jika kita dapat bertanya kepada mereka yang di dalam kubur, apakah telah tercapai cita-cita mereka? Nescaya lebih 90% akan berkata bahawa mereka mati sebelum sempat mencapai cita-cita kehidupan. Atau mati ketika sedang mengejar cita-cita.

Cita-cita tidak pernah habis. Keinginan dan hajat manusia sentiasa bertambah. Jika digambarkan hajat, keinginan dan cita-cita kita sebagai satu makhluk bernyawa, nescaya gambarannya ibarat seekor raksasa besar, yang lahap dan tidak pernah cukup kemahuannya. Cita-cita yang tidak terurus, akan mendatangkan bencana dalam kehidupan, sebaliknya, jika raksasa ini dapat dijinakkan, maka ianya akan memberi kekuatan dan kehebatan kepada tuannya.

Justeru, kita perlu bijak merancang, menetapkan dan mengawal cita-cita. Hidup tanpa cita-cita, ibarat bahtera tanpa layar dan kemudi, akan hanyut dibawa arus, atau karam dipikul badai. Tetapi cita-cita yang tak terkawal, mungkin juga berbahaya seperti speed-boat yang hilang kawalan. Juga pasti membahayakan.

Jika cita-cita diibaratkan sebagai kompas, ia akan memandu arah perjalanan hidup kita. Jika cita-cita ibarat tenaga keupayaan yang terpendam, ianya ibarat bateri yang memberi kuasa untuk mencerahkan kehidupan. Jika cita-cita ibarat enjin yang menggerakkan, maka ianya adalah jentera terkuat untuk menunaikan kerja dan tugasan. Kuasa cita-cita adalah begitu hebat, kerana ianya memberi erti dan makna kepada kehidupan.

Hidup tanpa cita-cita, pasti rugi, tewas dan parah. Cita-cita yang rendah dan tidak berkadaran dengan potensi, adalah suatu yang merugikan, kerana potensi diri disia-siakan. Cita-cita yang tidak terurus, hanya mengundang kecewa. Gagal mencapai cita, perlu kekuatan luar biasa untuk menanganinya.

Namun kita yakin, gagal mengejar cita-cita, bukan penamat kehidupan. Kita juga masih boleh, mengubahsuai cita-cita, atau mensasarkan cita-cita yang lain. Cita-cita juga perlu dinamik, berkembang dan diubahsuai sejajar dengan perubahan dan perkembangan kehidupan kita. Kebolehlenturan (flexibility) cita-cita adalah rahsia kejayaan untuk mampu bertahan.

Pernah dalam satu ceramah kerjaya, saya tekankan kepada para pelajar yang hadir, betapa pentingnya memiliki sifat positif dan flexible dengan bidang yang diceburi. Nasihat saya kepada mereka
“kita perlu minat apa yang kita buat, dan buat apa yang kita minat”
Inilah petua kebolehlenturan dalam bekerjaya. Apabila tamat sekolah, sambunglah pelajaran dan buatlah apa jua bidang, tapi yang penting, perlu minat apa yang kita lakukan atau pelajari. Jika ambil bidang perubatan, pastikan pelajar betul-betul minat nak belajar perubatan. Minat apa yang kita buat, menjadi pendorong untuk pelajar menamatkan pengajian. Janganlah berhenti dipertengahan jalan, atau membuat apa yang kita tak minat, kerana nanti akan merana sepanjang tiga atau empat tahun di kolej.

Tetapi apabila sudah tamat pengajian, bila segulung ijazah sudah di genggaman, maka saat itu, bermulalah untuk kita buat apa yang kita minat. Ijazah adalah pra-syarat untuk memasuki pasaran buruh dan alam pekerjaan. Apabila sudah mula bekerja, maka berusahalah untuk mencapai apa yang anda minat. Kemungkinan kita baru sedari, bahawa kita meminati bidang yang tak berkaitan dengan apa yang kita pelajari di universiti, jangan risau, kecewa, ralat atau terkilan, kerana kini anda sudah boleh memilih untuk buat apa yang kita minat.

Apabila kita jelas apa yang kita minat, dan buat apa yang kita minat, maka kita berada di laluan pantas menuju cita-cita kehidupan kita. Selaraskan kembali cita-cita kita, dengan minat dan keupayaan kita, ditambah dengan ilmu, pengalaman, kemahiran dan kenalan yang diperolehi sepanjang jalan kehidupan, adalah resepi kejayaan hidup yang terbaik.

Maknanya, masih tidak terlambat, dan tidak salah untuk kita menukar cita-cita, atau mengubahsuai cita-cita yang hendak kita kejari dalam hidup ini. Seketul batu yang bergolek, dan sentiasa bergerak, tidak akan mengumpul lumut dan kotoran, bahkan akan berkilat, atau kata-kata Inggerisnya “a rolling stone shines”. Batu yang berlumut dan berlumpur, adalah yang terperuk di tanah dan tidak dihiraukan.

Oleh itu, gilaplah potensi diri kita. Jangan limitkan kemampuan kita untuk berjaya. Sekali gagal, belum bererti gagal selamanya. Jatuh sekali, segeralah bangkit semula mengejar harapan. Tewas kali pertama, adalah langkah untuk menggapai kemenangan. Permata yang berkilau, hakikatnya juga adalah sejenis batu, yang telah digilap potensinya.

Bangkit dari jatuh juga perlu kekuatan, kerana graviti bumi sentiasa menarik kita ke bawah. Ingin naik ke atas, perlu daya dan tenaga, kerana tarikan graviti itu amat kuat ke atas kita. Sekali melonjak ke atas, pastikan kita punyai cukup stamina untuk kekal di atas. Ibarat kayuhan pendaki basikal ke puncak bukit, mana boleh berhenti? Berbasikal naik bukit, perlu stamina dan kekuatan berterusan hinggalah ke puncak. Seketika berhenti kayuhan, maka graviti akan menarik basikal untuk melurut ke bawah. Justeru, kayuhan mengejar cita-cita yang tinggi, tiada waktu rehatnya. Kita hanya akan berehat, bila ajal menjemput kita pulang.

Memiliki cita-cita yang tinggi, adalah sifat yang mulia. Kemuliaan dan kehebatan manusia, kerana punyai cita-cita yang tinggi. Mereka yang bercita-cita tinggi, lazimnya akan lebih berjaya, hebat dan maju dalam kehidupan. Cita-cita yang lemah dan rendah, mudah dicapai, tetapi tidak mengundang pengiktirafan.

Maka sasarkan cita-cita yang tinggi. Jika belajar, biarlah sampai ke tahap tertinggi yang termampu. Bekerja pula, capailah ke tahap tertinggi. Bagi pengusaha dan peniaga, paculah perniagaan dan perusahaan ke tahap tertinggi. Jika kita bercita-cita ingin menggapai bintang, tak dapat bintang, sekurang-kurangnya dapat naik ke bulan. Dan semua ini perlu bermula dari awal, bak kata orang tua-tua kita dahulu;

“timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap

belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab”.

Tanamkan cita-cita tinggi, dan mulakan dari awal. Berpagi-pagi mencari rezeki, ibarat burung yang keluar awal, berkicauan mencari rezeki. Pasti insyaAllah, pulang petangnya membawa rezeki yang baik.

Persoalannya, setinggi manakah nak diletakkan cita-cita kita? Cita-cita yang bersifat material, mungkin boleh disukat nilai, angka dan takatnya. Tetapi jika dah dicapai, contohnya mencapai pendapatan RM2juta setahun, apakah di situ terhentinya cita-cita kita? Ini yang kita sebutkan pada awal artikel tadi, bila dah capai, nak tambah lagi. Maka apa kesudahannya? Kita mungkin penat mengejar cita-cita, atau mati dan terkorban dek pengorbanan mengejar cita-cita.

Cita-cita untuk mati, pastinya suatu yang janggal. Amat pelik, seorang yang hidup, cita-citanya adalah ingin mati. Tetapi bercita-cita mati dalam perjuangan di jalan Allah, menjadi satu kematian yang amat mulia dan agung. Mati syahid dalam mempertahankan syahadah, adalah kemuncak cita-cita para mukmin. Bila bertemu kehidupan dan kematian, ianya adalah suatu yang hebat, kerana yang mati syahid itu, hakikatnya akan terus hidup dalam redha Allah SWT.

Maka marilah kita susun atur kembali sasaran dan senarai cita-cita kita, dan pastikan, cita-cita tertinggi dan teratas di dalam senarai itu, adalah untuk mati dengan husnul-khatimah, pengakhiran yang terbaik, mati dalam Islam, Iman dan Ihsan.

Jadikanlah amalan untuk berdo’a 
“Ya Allah, khatamkan kehidupan kami dengan husnul-khatimah, jangan tamatkan riwayat hidup kami dengan kesudahan yang buruk”

Oleh itu, para ‘arifin telah memberikan panduan yang amat berharga dengan ungkapan berikut:
“al-mautu fi sabilillahi asma’ amalina”
“Mati di Jalan Allah, adalah cita-cita kami tertinggi” 


Monday, March 12, 2012

['Aid al-Qarni] Dari Mana Engkau?

['Aid al-Qarni] Dari Mana Engkau?



Oleh Aid Abdullah al-Qarni 


Anas Ibn Nadhr terlihat menghirup udara dalam-dalam pada perang Uhud. Para sahabat bertanya, "Ada apa denganmu?" Dia menjawab, "Aku mencium bau syurga di kaki gunung Uhud". Dia terbunuh dengan lapan puluh luka di sekujur tubuhnya, hingga saudara perempuannya sendiri pun tidak mengenalinya, kecuali setelah melihat jarinya. 

Namun, alangkah bagusnya luka-luka ini, alangkah bagusnya kematian ini, selama ia dialami jalan Allah. Orang yang tidak mati dalam keredhaan Allah, dia akan mati seperti kematian binatang. 

Dalam riwayat yang shahih disebutkan bahwa Abdullah bin Amr al-Anshari meminta Allah melimpahkan keredhaan-Nya dan mengenakan kain kafannya sebelum perang. Dia juga mandi dan memakai parfum. Lalu dia datang ke medan pertempuran.Diambilnya sarung pedang lalu dipatahkannya dengan lutut. Akhirnya dia terbunuh. Ketika anaknya, Jabir, menangis, Rasulullah SAW bersabda : 
"Kamu menangis atau tidak, sama saja. Demi allah yang menggenggam jiwaku, hai Jabir, para malaikat terus menaungi ayahmu dengan sayap mereka sampai mereka mengangkatnya. Demi Allah yang menggenggam jiwaku, hai Jabir, sungguh Allah berbicara dengan ayahmu tanpa perantara. Dia berfirman : "Berharaplah! Dia berkata, 'Saya berharap Engkau mengembalikan saya ke dunia agar terbunuh lagi di jalan-Mu. Allah berfirman, Tapi Aku telah menetapkan bahwa yang mati tidak dapat kembali ke dunia lagi. Berharaplah (yang lain!) Dia berkata, 'Saya berharap Engkau redha kepadaku sebab saya telah redha kepada-Mu'. Allah berfirman, 'Aku telah memberi keridhaan-Ku kepadamu. Aku tidak akan murka kepadamu selamanya. Lantas Allah meletakkan ruhnya dan ruh para syuhada yang lain di dalam tembolok burung yang datang ke surga dan memakan buah-buahnya serta singga di lampu-lampu yang tergantung di Arsy, hingga Allah mewarisi bumi dan segala penghuninya". 

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki, mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada rasa takut pda mereka dan mereka tidak bersedih hati". (QS : Ali Imran : 169-170) 

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ubadah Ibn Shamit : 
"Barangsiapa bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah,dan bahwa Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya, bahawa Isa AS adalah hamba Allah dan pesuruh serta kalimah-Nya yag ditiupkan-Nya kepada Maryam serta roh dari-Nya, bahwa surga adalah benar, dan neraka adalah benar .. maka Allah akan memasukkannya ke syurga bagaimanapun amal perbuatannya". 

Abu Bakar tidak bertanya, kecuali kerana di dalam hatinya ada suatu ganjalan, dan dugaannya tidak meleset, Rasulullah SAW memberi khabar gembira (bahawa dia termasuk orang yang dipanggil masuk syurga). Ini kerana Abu Bakar RA mempunyai kemahuan yang sangat kuat, yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Azza Wa Jalla Sekalipun raganya lemah dan kurus, akan tetapi seperti kata Ibnu Qayyim, "Siapa lagi yang seperti jalanmu yang lembut, kamu berjalan perlahan, tapi datang di barisan pertama". 

Artinya, engkau selalu berada dibarisan pertama. Engkau orang pertama yang berzikir, orang pertama yang berjihad, orang pertama yang benar, orang pertama yang berdakwah. Engkau persembahkan darah, air mata, keringat, harta benda, dan waktumu kepada Islam. Jadi, mengapa tidak kamu berasa di barisan pertama, hai Abu Bakar, dan masuk surga dari pintu yang mana saja yang kamu kehendaki? Kita berdo'a semoga termasuk orang-orang yang berkampungkan di pintu syurga. 

"Barangsiapa dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya". (QS : Ali Imran : 185) 

"Barangsiapa berwudhu' dengan sempurna lalu berdo'a : Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, niscaya kedelapan pintu surga dibukakan baginya". (HR : Muslim) 

Uqbah bin Amir berkata, "Saya menggembalakan unta-unta saya, hingga terlambat pulang. Ketika pulang, saya dapati Rasulullah shallahu alaihi wassalam sedang berkhotbah kepada khalayak. Saya dengar beliau bersabda : 
"Barangsiapa berkata, "Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Nabi, maka hak atas Allah untuk membuatnya redha (puas)' 

Mendengar itu, aku langsung berkata : "Bagus sekali ini!" Umar yagn berada disampingku menoleh dan berkata kepadaku, "Sabda yang beliau ucapkan sebelumnya lebih bagus lagi". Setelah Rasulullah shallahu alaihi wassalam selesai berkhotbah, Umar berkata kepadaku, 'Kamu tadi tidak bersama sejak permulaan?' Aku menjawab, "Tidak aku datang dibahagian akhir khotbah". 

Umar berkata, "Rasulullah SAW, tadi bersabda, "Barangsiapa berwudhu dengan sempurna dan berdoa, 'Aku bersaksi bahwa tidak Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya kedelapan pintu syurga dibukannya baginya". 

Orang pertama masuk surga adalah Muhammad bin Abdullah shallahu alaihi wassalam, Abul Qasim, sebab derajat beliau di syurga adalah wasilah. Para ulama berbeda pendapat, apa itu wasilah? Rasulullah bersabda : 
"Ia adalah sebuah darjat di surga,tidak diberikan kecuali kepada satu orang hamba. Aku berharap akulah hamba itu".(HR : Tirmidzi). 

Yang beliau maksud adalah tempat tertinggi di syurga. Ia hanya satu tempat, tidak cukup untuk dua orang, hanya disediakan bagi Rasulullah SAW. 

Pintu-pintu syurga masih tertutup, sementara manusia berada di Padang Mahsyar. Lalu Rasulullah SAW, mendekati pintu dan mengetuk. Penjaga surga, Ridwan, bertanya, "Siapa?" Beliau menjawab, 'Saya Muhammad bin Abdullah, Rasulullah". Ridwan berkata, "Aku diperintahkan untuk tidak membuka pintu surga untuk siapaun sebelum". Kemudian dia membuka pintu. 

Dalam shahih Muslim diriwayatkan bahwa Rasulullah shallahu alaihissalam bersabda : 
"Aku adalah nabi yang paling banyak pengikutnya di hari kiamat. Dan aku adalah orang pertama yagn mengetuk pintu surga" (HR : Muslim) 

Dalam Sunan Ibn Majjah disebutkan bahwa orang pertama dari kalangan umat ini yang masuk syurga adalah Abu Bakar. Jadi, dia adalah orang pertama dari umat Muhammad SAW yang masuk surga. 

Dalam hadist yang muttafaq'alaih dai Sahl bin Sa'd, Rasululah SAW: 
"Sungguh akan masuk syurga dari umatku tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu". 

Riwayat berikut ini terdapat dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim :
" .. Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu yang saling berpegangan satu sama lain, orang pertama diantara mereka tidak masuk hingga yang terakhir dari mereka masuk. Wajah-wajah mereka seterang bulan purnama". (HR : Bukhari) 

Jadi masuk syurga adalah dengan cara bersama-sama, dalam barisan. Seperti firman-Nya : 
"Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkanke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan".(QS : Ali Imran : 185). 

Mereka masuk sesuai tingkatan masing-masing. Orang pertama diantara mereka wajahnya seperti bulan pada tanggal empat belas, yang berikutnya seperti bintang yang bercahaya amat terang seperti mutiara, dan selanjutnya. Mereka yang mendapat kenikmatan surga yang tidak terbetik dalam hati manusia. Wallau'alam. 

Sumber: http://www.eramuslim.com/nasihat-ulama/dari-pintu-mana-engkau.htm 




Friday, March 2, 2012

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT)


*LELAKI SAHAJA


Definisi Mabit

Mabit adalah salah satu sarana tarbiyah (wasa'ilut tarbiyah). Secara bahasa, mabit bermaksud bermalam. Istilah yang sangat masyhur kita dapati pada salah satu rangkaian ibadah haji yaitu mabit di Mina.

Dalam terminologi dakwah dan tarbiyah, mabit adalah adalah salah satu sarana tarbiyah untuk membina ruhiyah, melembutkan hati, membersihkan jiwa, dan membiasakan diri untuk beribadah (khususnya tahajjud, zikir, tadabbur dan tafakkur). Untuk memudahkan memahami definisi ini, kebiasaannya mabit dijadikan akronim dari MAlam Bina Iman dan Taqwa.


Adab Mabit

Berikut ini adalah adab mabit yang dikutip dari buku Wasa'ilut tarbiyah :

1. Menghadirkan niat untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT serta memfokuskan segala aktiviti untuk menghadap kepadaNya.
2. Menghadirkan muraqabatullah (merasa diawasi Allah) dan menyedari bahawa majlis ilmu dan zikir itu dipenuhi juga oleh para Malaikat
3. Merenungkan setiap ayat yang dibaca, doa yang dipanjatkan serta zikir yang diucapkan pada mabit itu
4. Bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua aktiviti mabit serta menghadirkan mujahadah untuk membersihkan hati, memperhatikan dan menerima taujih, taushiyah dan ilmu yang disampaikan pada mabit
5. Mentaati jadual mabit sejak pembukaan hingga selesai
6. Tidak banyak makan dan minum serta istirahat dan waktu santai agar terlatih untuk mengendalikan nafsu dan syahwat
7. Kurangkan bergurau senda dalam rangka menjaga majlis mabit supaya tetap berada dalam suasana ruhiyah

Demikian definisi dan adab mabit. Semoga tujuan mabit tercapai dengan terjaganya adab-adabnya.

Thursday, December 29, 2011

Rich Band - Lir Ilir (Ost. Sang Pencerah)

Rich Band - Lir Ilir (Ost. Sang Pencerah)
by Sunan Kalijaga





Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar
Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno kanggo mbasuh dodotiro
Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jrumatono kanggo sebo mengko sore
Mumpung padhang rembulane mumpung jembar kalangane
Yo surako... surak hiyo...

Sayup-sayup bangun (dari tidur)
Tanaman-tanaman sudah mulai bersemi,
demikian menghijau bagaikan ghairah pengantin baru
Anak-anak penggembala, tolong panjatkan pohon belimbing itu,
walaupun licin tetap panjatlah untuk mencuci pakaian
Pakaian-pakaian yang koyak disisihkan
Jahitlah benahilah untuk menghadap nanti sore
Selagi sedang terang bulannya
Selagi sedang banyak waktu luang
Mari bersorak-sorak ayuh...
 


Maksudnya:

Makin subur dan tersiarlah agama Islam yang disiarkan oleh para mubaligh Islam. Mendapat cahaya Islam merupakan suatu nikmat yang besar jika dihayati.

Hijau adalah warna dan lambang agama Islam. Dikira pengantin baru, maksudnya, agama Islam begitu menarik dan kemunculannya yang baru diibaratkan bagaikan pengantin baru.

Cah angon atau pengembala, diibaratkan dengan penguasa yang ‘mengembalakan’ rakyat. Para penguasa itu disarankan untuk segera masuk agama Islam (disimbolkan dengan buah belimbing yang mempunyai bentuk segi lima sebagai lambang rukun Islam).

Walaupun licin, susah, tetapi usahakanlah agar dapat masuk Islam demi mensucikan dodot (Dodot adalah jenis pakaian tradisional Jawa yang sering dipakai pembesar zaman dulu. Bagi orang Jawa, agama adalah ibarat pakaian, maka dodot dipakai sebagai lambang agama atau kepercayaan).

Pakaianmu, (yaitu) agamamu sudah rosak, kerana dicampur dengan kepercayaan animisme. Jika akidah bercampur baur, ia boleh menyebabkan segala amalan yang silakukan sebelum ini sebagai sia-sia.

Agama yang sudah rusak itu jahitlah (perbaikilah dengan belajar ilmu agama), sebagai bekal menghadap Tuhan. Ilmu sangat penting dalam mempelajari agama bukan setakat ikut-ikut ahli ibadah yang tiada asalnya dari agama Islam.

Selagi masih hidup, masih ada kesempatan, bertaubatlah kerana Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Kepada Dialah tempat manusia kembali.

Bergembiralah dengan agama Islam, semoga kalian mendapat anugerah dari Tuhan.


SUNAN KALIJAGA 

Sunan Kalijaga pendakwah yang namanya paling banyak disebut masyarakat Jawa. Beliau lahir sekitar tahun 1450 Masehi.

Dalam dakwah, beliau mempunyai pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat rapatnya, Sunan Bonang. Walaupun kefahaman keagamaannya cenderung "sufistik berbasis salaf" -bukan sufi panteistik (pemujaan semata) namun ia membantu penyebaran Islam di tanah Jawa. 

Beliau juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai sarana untuk berdakwah dan sangat toleran pada budaya setempat. Ia berpendapat bahawa masyarakat akan menjauh jika diserang pendiriannya. 

Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah difahami, dengan sendirinya kebiasaan lama akan hilang. 

Tidak menghairankan, ajaran Sunan Kalijaga dapat mengasimilasikan budaya setempat dalam menyebarkan Islam. Beliau menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara sebagai sarana dakwah. Beberapa lagu suluk ciptaannya yang popular adalah Lir-ilir dan Gundul-gundul Pacul.

Metode dakwah tersebut sangat efektif. Sebagian besar bangsawan di Jawa memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga

Lagu yang banyak kiasannya ini sangat bernilai tinggi kesusasteraannya sehingga Lir-ilir ini menjadi salah satu soundtrack untuk film sang pencerah, film Karya Hanung Bramantyo yang menceritakan mengenai kehidupan KH. Ahmad Dahlan sang pendiri Muhammadiyah


sumber: 


stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme