Followers


Monday, July 9, 2012

Poster: Subuh yang Terpinggir

SUBUH YANG TERPINGGIR

Hari ini kita boleh lihat bagaimana keadaan SUBUH masjid, surau atau tempat solat di seluruh negeri di Malaysia.

Mungkin tidak perlu pergi jauh. Kita lihat tempat yang berdekatan dengan kita. Bagaimana, perlaksanaan solat subuh?

Lengang, sedih, kecewa~sampailah ada yang berani kata;

“Kita solat la,” Kata seseorang.

“Pukul berapa?,”

“Err.. subuh tadi lewat sikit. Lewat bangun, sedar-sedar dah pukul 7.45 pagi!,” Kata seolah-olah bersalah.

Sikap malas bangun awal pagi sebelum subuh sehingga terlepas solat subuh berjemaah berlaku mungkin kerana pelbagai sebab. Berikut antara sebab-sebabnya:

1. Tak mahu ikut jadual waktu yang Allah tetapkan. Contohnya, walaupun subuh masuk pukul 5.40 pagi, kita tetap hanya akan bangun pada pukul 6.00 pagi kerana itu jadual bangun pagi kita.

2. Terbiasa bangun lepas masuk subuh daripada kecil lagi. Setelah remaja, dewasa dan tua, payah juga nak buang tabiat ini, ditambah lagi orang lain pun sama sahaja. Buktinya, jumlah mereka yang hadir solat subuh berjemaah di masjid boleh dibilang dengan jari.

3. Tidak ada pun niat dan azam untuk bangun awal pagi dan solat subuh berjemaah. Tak ada pun dalam agenda harian. Tak rasa bersalah pun. Tak peduli pun. Slogan tersiratnya ialah "what a big deal"?

4. Tidur lewat malam. Tak kira sama ada kerana bergebang di kedai kopi, menonton TV, berborak, berinternet dan sebagainya. Tidur lewat maka payahlah nak bangun pagi awal-awal sebelum subuh.

5. Takut mengantuk masa kerja kalau bangun awal sangat, takut sangat terkurang tempoh masa tidur sampai rela lepaskan solat subuh berjemaah di masjid.

6. Ada yang memegang prinsip "yang penting aku dah solat subuh walaupun seorang diri".

7. Tak tahu pun solat subuh berjemaah di masjid tu amat besar pahalanya.

8. Kalau tahu pun solat subuh berjemaah di masjid tu amat besar pahalanya, tak kuat pula hati membenarkan balasan pahalanya.

9. Tidak ada dalam hatinya menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan kecuali sekadar beriman. Ertinya orang ini sebenarnya tak berapa kenal Rasulullah SAW kerana tidak pernah serius ambil tahu pasal Baginda.

10. Tak besungguh nak bangun subuh. Tak tetapkan pun alarm telefon atau jam supaya mudah bangun sebelum subuh.

11. Tak takut berperangai sama seperti orang-orang munafiq zaman Rasulullah SAW yang sukar nak datang solat subuh dan isyak berjemaah.

Wahai kawan-kawan, biasakan bangun Subuh awal, dan lakukan solat sunat di waktu dinihari. Ia adalah sumber energi yang sangat istimewa, mengesani dan berpengaruh.

Ia adalah amalan orang-orang yang soleh, tawaduk, warak dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Marilah kita mulakan hari dengan kesan air wudhuk yang diambil sebelum berkumandangnya azan.

Saat itu, jiwa dan hati akan tenang. Kesan ibadah akan memberikan kekuatan yang luarbiasa serta membentuk keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sepenuh jiwa.

Bagi yang sudah biasa dengan berpagi-pagian dengan solat Subuh, tentu ada kesan kepada jiwa dan hatinya. Bukan itu sahaja, pada wajahnya dan riak kesungguhan tekadnya ada keunikan. Ketenangan, kejernihan, kebersihan dan semangat yang menceriakan!

InsyaAllah, jom bangun subuh awal. Hari kita dimulakan dengan penuh keceriaan, bersemangat tinggi dan terasa segar sepanjang masa.

Gerak kempen ini. Dimana-mana, rumah, asrama, hostel, di kem atau di mana sahaja.

Mari renungi apa yang Rasulullah SAW kata;

"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh.

Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.

Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka."

(Sahih Muslim 2, #610)

Semoga kita semua menjadi ahli Subuh!



***********************************************************

sumber;
[1] http://langitilahi.com/3298
[2] http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2380-kenapa-susah-sangat-kita-solat-subuh-berjemaah.html


No comments:

stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme