Followers

Wednesday, April 4, 2012

ICC: Palestin 'Bukan Sebuah Negara'

~vote for no partition in the land of Palestine~

BETHLEHEM, 3 April 2012 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak akan menyiasat jenayah Israel semasa serangan ke atas Gaza dari Disember 2008 hingga Januari 2009, kerana Palestin bukanlah sebuah negara, kata pendakwa badan dunia itu hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Ma'an News Agency, pendakwa ICC mengakui bahawa lebih daripada 130 buah negara dan beberapa badan-badan PBB sendiri telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Tetapi, Palestin masih memegang status sebagai pemerhati di PBB, oleh itu buat masa ini ICC tidak boleh menyiasat dakwaan jenayah perang yang dilakukan ke atas wilayah Palestin, sambung kenyataan itu lagi.

September lalu, Presiden Mahmoud Abbas memohon keanggotaan penuh PBB di Majlis Keselamatan. Amerika menggunakan kuasa veto untuk menghalang tawaran keanggotaan, dan ekoran dari itu Majlis Keselamatan tidak lagi membuat sebarang syor untuk mengakui negara Palestin.

ICC bagaimanapun berkata ia bersedia mempertimbangkan dakwaan jenayah yang dilakukan di Palestin pada masa akan datang jika Majlis Keselamatan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Mengulas perkembangan ini, Amnesty International berkata keputusan ICC bererti mangsa-mangsa perang Israel ke atas Gaza akan dinafikan keadilan. Keputusan pendakwa ICC ini membuka ruang kepada tuduhan bahawa badan keadialan itu berat sebelah dan cuba meletakkan persoalan jenayah Israel ini kepada orang lain (iaitu menunggu pengiktirafan PBB ke atas negara Palestin.)

Lebih 1400 penduduk Gaza terbunuh dalam Operasi Cast Lead itu, majoritinya adalah orang awam. Menurut angka PBB sendiri, tentera Israel telah memusnahkan lebih 3,500 rumah kediaman dan membuat 20,000 orang kehilangan tempat tinggal semasa serangan selama 22 hari itu. Israel juga didakwa telah menggunakan senjata-senjata yang diharamkan dalam serangan tersebut.

Satu misi pencarian fakta PBB yang ditugaskan untuk menyiasat dakwaan jenayah perang turut mendapati bahawa Israel telah melakukan "pelanggaran Konvensyen Geneva Keempat yang sangat dahsyat dalam pembunuhan secara sengaja dan dengan sengaja menyebabkan kesengsaraan ke atas masyarakat awam."


sumber: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/berita-palestin/1557-icc-tidak-akan-menyiasat-serangan-gaza-kerana-palestin-bukan-sebuah-negara

No comments:

stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme