BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
KENAPA DENGAN SOMALIA?
Perhatikanlah nikmat-nikmat Allah disekeliling kita. Dia memudahkan hamba-hambaNya mendapatkan apa yang mereka perlukan antaranya ialah makanan dan minuman. Soal makan dan minum tidak boleh lari daripada kita sebagai keperluan asas untuk hidup. Tanpanya, kehidupan manusia akan bertambah sukar.
Kita perlu berterima kasih atas kurniaan Allah SWT yang memberikan kita banyak nikmat untuk disyukuri. Dia telah memudahkan kita untuk mendapat air, memberikan kita rezeki untuk makan dan namun, adakah nikmat-nikmat yang kita kecapi itu belum lagi mencukupi bagi kita?
Rata-rata di Malaysia amnya dan UIAM khasnya, ada dikalangan kita yang makan enam kali sehari. Anda kenyang dengan kemewahan dunia dengan santapan yang pelbagai jenis sajian. Tetapi, pernahkah anda menjaga hak-hak badan dan perut anda yang hanya sebagai pinjaman dari Tuhan selain memikirkan kesengsaraan saudara kita di Somalia?
Renungi kembali kehidupan anda! Perhatikan nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih ketika menyediakan keperluan anda sehari-hari. Pernahkah anda berfikir akan golongan yang tidak bernasib baik? Sejauh mana anda me’refleksi’ diri dengan membandingkan keadaan Malaysia/UIAM yang serba kemewahan ini dengan keadaan umat Islam di Somalia?
Di Malaysia, Allah turunkan hujan kepada kita sepanjang tahun. Ini berbeza dengan cerita seorang sahabat yang berasal dari Yaman. Dia pernah berkata: “You Malaysian need to thank Allah always as He give you bounty of ni’mah. In my country, to see the rain is difficult even to hear it needs to wait for months.” SubhanAllah, hanya orang-orang yang berakal sahajalah yang akan memikirkan semua ini dan ini semua berlaku hanyalah dengan keizinan dan kekuasaanNya.
Kita renungi ayat Allah SAW dibawah ini:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya(kering). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya.”(Ar-Ruum:24)
Perkara ini perlu kita tanya sedalam-dalamnya dalam hati kita dan terus menyahut seruan membantu umat yang hidup dalam kelaparan dan kehausan. Walaupun bukan dengan tenaga, cukuplah hanya wang ringgit. Sumbangan derma anda mampu membantu mereka meringankan beban walaupun hanya RM0.10. Tak pun, berdoalah untuk mereka.
UMAT ISLAM YANG SENGSARA
Di Somalia, sejumlah 2.8 juta penduduk menjadi pelarian dan daripada jmlah itu, seramai 310 ribu kanak-kanak di kategorikan sebagai kekurangan zat makanan. Setiap hari, sejumlah 6-10 ribu kanak-kanak meninggal dunia. Sesetengah mereka dipercayai berjalan sejauh 400km untuk sampai ke kem-kem pelarian di Habsyah dan Kenya.
Alangkah jauh jauh bezanya keadaan manusia di Malaysia dengan mereka. Tiada apa yang boleh kita ucapkan selain,
“Maka Maha Suci Allahlah pencipta yang lebih baik”
(Surah Al-Mukminun:14)
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyumbang wang ringgit seikhlas yang mungkin supaya beban mereka ditanggung kita bersama.Ya Allah, ringankan dan lapangkanlah dadaku, IKHLAS membantu saudaraku. Nabi SAW bersabda;
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripasa seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan diakhirat…” (Riwayat Tirmizi: 2940)
PESANAN
Ingatlah, ujian yang menimpa kamu itu penghapus dosa dan ingatlah, pertolongan Allah itu sangat dekat.
Dari abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda bermaksud;
“Tiada yang menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis penyakit dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berikut disenaraikan beberapa NGO yang telah mengadakan inisiatif mulia bagi membantu keadaan saudara-saudara kita di Somalia berhadapan dengan krisis yang sangat menyeksakan ini:
- Islamic Relief Malaysia (IRM)
- Yayasan Amal Malaysia
- HALUAN
- Malaysian Relief Agency (MRA)
- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
RUJUKAN:
- Buku Gen-Q Vol 1, isu 1
- Buku Gen-Q Vol 1, isu 2
- Miftah darussaadah, Kunci kebahagiaan- Ibn Qayyim Al-Jawziyah.
- muzir.wordpress.com
No comments:
Post a Comment