Bismillahirrahmanirrahim
KULLIYYAH TAZKIYATUN NAFS SIRI 2
Oleh Ustaz Zuhdi
1 Jun 2011, Rabu
Alhamdulillah, telah berlangsung siri ke-2 Kuliah Tazkiyatun Nafs (KTN) di Surau Kulliyyah Kejuruteraan dengan membawa tajuk kaitan antara surah Al-Alaq, Al-Muzammil dan Al-Muddatsir dari sudut fikrah dan dakwah. Penting sebagai seorang pendakwah untuk melengkapkan fikrah Islamiah dalam membentuk masyarakat yang faham akan cara hidup sebenar.
Dalam konsep asas berdakwah, Al-fadhil Ustaz ada mengatakan bahawa manusia tidak boleh menyatukan hati-hati manusia kecuali dengan izinNya dan dengan cara jalan yang Allah redhai iaitu Islam. Dalam dakwah membawa hati-hati manusia ke jalanNya, seorang pendakwah tidak boleh lari daripada landasan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu perlu diingatkan bahawa Tarbiyah diri sebelum kita mentarbiyah orang lain selari dengan ajaran Rasulullah.
Maha suci Allah yang menurunkan ayat-ayat hebat seperti ini. Ketiga-tiga surah mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dalam ayat "Qum Faanzir"-(QS 73:2) misalnya, Allah menyuruh manusia supaya saling mengingati antara satu sama lain dan memberi peringatan akan azab Allah yang pedih. Ayat ini menjadi contoh supaya kita mengikut jejak langkah nabi sebagai peng'islah' masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Islam yang Syumul.
Sebagai persediaan kita untuk menjadi seorang pendakwah, Allah telah memberikan kita suatu petunjuk di dalam ayat pertama surah al-Alaq, "Iqra bismirabbikallazi khalaq" yakni bacalah dengan nama tuhan kamu yang menciptakan. Maklum bahawa, ayat pertama diturunkan kepada nabi adalah 'Iqra'-bacalah, namun sebagai seorang daie-pendakwah, selain dari membaca perlu juga untuk mempelajari apa yang kita baca kemudian mengamalkan setiap ilmu hasil daripada pembacaan. Oleh itu perbanyakkan membaca buku-buku fikrah seperti 'Maza yakni intimai al-Islam'-Dr Fathi Yakan, 'Maalim fittariq'-As-Syahid Sayid Qutb, 'Miftah darussaadah'-Ibn Qayyim Al-Jauziyah, 'Kepentingan Harakah Islam'-Prof Yusuf al-Qaradhawi. dan banyak lagi. Ingat, membina fikrah itu penting!
Banyak ayat-ayat di dalamnya mengandungi pelbagai rahsia kekuatan untuk menjadi seorang pendakwah. Sebagai seorang pendakwah, perlu disini ditekankan tentang menjadi seorang yang luar biasa. Inilah kekuatan seorang Pendakwah. Antaranya, "Qumillaila illa Qalila"-(QS 73:2) yakni bangunlah Tahajjud-Qiamullail kecuali golongan yang sedikit. Kemudian ayat keempat menyebut lagi-"Warattilil qur'ana tartila"-yakni bacalah al-Quran dengan tartil. Perlu untuk seorang pendakwah memperbaiki bacaan dengan makhraj dan tajweed yang betul kerana, antara tuga para pendakwah adalah mengajarkan al-Quran kepada masyarakat awam supaya mereka lebih dekat dengan al-Quran. "Inna nashiatal lailli hiya ashaddu wat'au wa aqwamu qila"-(QS 73:6) yakni, sesungguhnya ibadah malam adalah kuat kesannya dan lebih tetap betul bacaannya. Inilah yang disebut As-Shahid Sayyid Qutb sebagai Generasi Al-Quran Bergerak dalam kitabnya Maallim fittariq-Petunjuk Sepanjang Jalan.
Pendakwah juga perlu mengajak masyarakat kearah membesarkan Allah, menjadikan tujuan kita semata-mata kerana Allah. Inilah yang dikatakan Allah-centric (setiap perkara ada kaitan dengan Sang Pencipta). Di dalam surah al-Muddatsir (QS 74:2)-"farabbaka fakabbir"-yakni 'Dan tuhanmu, ucaplah dan ingatkanlah kebesarannya'. Dengan mengingati dan mengagungi kebesaranNya, maka segala suruhan dan laranganNya mampu kita laksanakan tanpa sebarang dalih disebabkan oleh kepercayaan terhadap Janji dan Balasan Allah kepada sesiapa yang mentaatiNya.
Perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang pendakwah adalah memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sempitnya Islam. Islam ini mudah. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam al-Quran membincangkan suruhanNya dan sangat sedikit ayat-ayat yang membincangkan tentang laranganNya. Di sini, al-Fadhil Ustaz menekankan bahawa, Islam ini mudah disebabkan suruhanNya yang luas. Maknanya, segala benda yang diharuskan kecuali ada ayat yang melarangnya. Oleh itu, pendakwah ditekankan supaya meluaskan agama bukan menyempitkannya.
Dalam untuk kita menjaga perpaduan ummah, perlu di sini diingatkan kepada setiap pendakwah, menjaga ukhuwwah adalah lebih penting daripada perkara-perkara yang furu' seperti Qunut dan Tahlil. Hal ini ditekankan sekali oleh al-Fadhil Ustaz supaya menjaga perkara yang lebih utama yang boleh mengelakkan perpecahan dalam masyarakat khususnya kepada sesetengah golongan yang mendakwa hanya diri mereka benar.
Ikuti seni dakwah Nabi sebagai seorang daie. Perlu ditekankan kepada setiap Daie untuk menjaga segala pemakanan, pemakaian, ibadah, pergaulan dan sebagainya disebabkan sudah tidak ramai lagi pendakwah yang sebegini. Ini kerana, kesilapan yang kecil walaupun tidak berdosa tetapi dipandang remeh oleh setiap pendakwah boleh membawa fitnah kepada Islam itu sendiri dan mungkin boleh membawa kepada dosa. Contohnya makan berdiri, minum berdiri, membuka aurat dan sebagainya.
Akhir kalam daripada Ustaz Zuhdi, "Allah mencampakkan kemuliaan kepada orang yang melakukan kebaikan sebagaimana Allah mencampakkan dlam hati manusia kemuliaan kepada orang yang melakukan ibadah-'abid. Apalagi jika kita tojolkan sifat kebaikan dan keIslaman kita kepada orang lain."
"Jadilah dakwah sebagai Full time dan kerja duniawi sebagai Part time"
Brought to you by
EDITORIAL DESK
2 JUNE 2011, Wednesday
2 JUNE 2011, Wednesday
IIUM JOURNALISM CLUB
SEM 3, 2010/2011
No comments:
Post a Comment