Followers


Thursday, December 30, 2010

Antara bertasbih & beristighfar


Dikisahkan pada suatu hari, Imam Ibnul Jauzi ditanya oleh seseorang antara BERTASBIH atau BERISTIGHFAR, yang manakah lebih baik dan perlu didahulukan. Lantas dengan kebijaksanaannya, beliau pun menjawab, “Pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi.” Jawapannya ringkas tapi padat dengan makna dan sarat dengan hikmah. Dengan kata lain, Ibnul Jauzi berpandangan bahawa beristighfar lebih utama dilakukan untuk menyucikan pakaian yang kotor berlumuran noda. Begitulah hati, ia sangat berhajat supaya dirinya yang kotor dicuci terlebih dahulu dari segala noda.

Maka di situ teringat kata seorang guru dalam sebuah perbualan, antara Softlan, Dynamo dan Clorox. Masing-masing mepunyai peranan yang berbeza tapi matlamatnya tetap sama; untuk memperoleh baju yang istimewa bersih dan harum mewangi supaya sedap dan selesa dipakai oleh pemiliknya. Dan sewajarnya baju itu perlu melalui proses yang bertahap tanpa melangkau dan melangkah tahap pertama mahupun kedua.

Itulah sebuah ilustrasi yang ringkas, di mana istighfar merupakan gambaran kepada pembersihan jiwa. Ia merupakan satu proses yang perlu dilalui bagi manusia yang berhajat kepada sebuah pembaikan dan perubahan supaya diri menjadi lebih berprestasi tinggi dihadapan Ilahi. Justeru, kami di pihak kelab kewartawanan sangat mengalu-alukan kedatangan hati-hati dan jiwa-jiwa yang berhajat untuk melalui proses pembersihan ini. Moga dengan pembersihan ini (tazkiyah) akhirnya akan menumbuhkan rasa kelazatan dalam ibadah dan keindahan dalam beramal.

Kulliyyah Tazkiyatun Nafs
Hari: Setiap ISNIN malam
Masa: 9.00 – 11.00 pm
Tempat: Musolla Engineering, IIUM Gombak


Wallahu’alam

JC Editorial Desk

Friday
25 Muharram 1432H
31th December 2010
IIUM Gombak

No comments:

stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme