Followers

Tuesday, December 22, 2009

Weekly Class Lesson 1

Tarikh: Isnin, 14 Disember 2009
Masa: 9.30 PM

Tempat: Musalla, Kulliyyah of Engineering

Penceramah: Ustaz Noorazman Bin Shamsudin

Topik: Kupasan Hadis


"Rasulullah pernah bersabda bahawasanya dia tahu bahawa akan ada di kalangan umatku pada hari akhirat kelak, membawa amalan kebaikan sebesar Gunung Tihamah. Namun, bila mereka bertemu dengan Allah amalan-amalan itu hanyalah debu-debu yang berterbangan. Mereka ini seperti kamu (sahabat-sahabat) juga. Mereka bangun malam sepertimana kamu bangun malam. Tetapi apabila mereka bersendirian, mereka melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah."

Petikan di atas adalah intipati terjemahan daripada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. supaya kita sentiasa sedar bahawa Allah mengawasi kita sepanjang masa.

Ustaz Noorazman juga ada menerangkan bahawa amal kebaikan itu ada peringkat-peringkatnya.
Amal "Khair" ialah amal kebaikan semata-mata namun tidak sampai darjatnya kepada apa yang Allah kehendaki. Amal "Khair" ini mungkin dipandang elok dan baik oleh masyarakat namun ia masih belum cukup baik dari segi syariat Allah S.W.T.
Jadi, apakah dia amalan yang lebih baik?
Amalan kebaikan yang lebih baik ini dinamakan amal "Soleh". Semua amal "Soleh" adalah juga amal yang "Khair", namun tidak semua amal "Khair" mampu mencapai darjat amal "Soleh". Kelebihan yang diperolehi oleh mereka yang melakukan amal "Soleh" ialah ia akan membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T., diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan Allah redha akan amalannya.
Sebagai contoh, belajar adalah suatu amalan yang "Khair" lagi "Soleh". Namun sekiranya apabila kita belajar dengan niat bukan kerana Allah, amalan tersebut mungkin hanya dinilai sebagai amalan "Khair" semata-mata di sisi Allah S.W.T.

Oleh itu, apakah kaedahnya untuk kita membentuk perasaan "Taqarrub" atau dekat dengan Allah? Di sini, Ustaz Noorazman menggariskan 2 kaedah:
1. Kita hendaklah berasa yakin bahawa Allah tahu apa sahaja yang kita lakukan dan apa yag orang lain lakukan. Boleh rujuk Surah Al-An'am: 3 dan Surah Al-Baqarah: 235.
2. Kita hendaklah berasa yakin bahawa apa sahaja yang kita lakukan dicatat oleh Allah S.W.T. Malah catatan-catatan ini akan didedahkan di Hari Akhirat dan diberikan balasan yang setimpal.

Semoga beroleh sedikit sebanyak manfaat daripada catatan ini. Salam.

3 comments:

ukur kira said...

alhamdulillah.Jazakallah atas perkongsian.Nak latih hati bagi merasai kebersamaan dgn Allah sepanjang masa mmg susah.

Bila bersendirian mulalah nak lagho.Perlunya kpd tarbiyyah dzatiyyah.

Sama2 kita berusaha n berdoa agar tidak termasuk dalam golongan yang digambarkan oleh Nabi S.A.W dalam hadith tersebut..

Amin Misran said...

Masyallah...

Rasa terisi..

Patutla ana mcm tak penah dgr tazkirah ni...

Sebab ana tak mai kuliah ni..

huhuhu

SIDDIQIjr said...

Subhanallah..
Rupa-rupanya amalan pun
belum menjamin syurga Allah..
Inilah tahap tertinggi dalam beramal
AMAL KERANA ALLAH..Ikhlas!!

stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme