Followers


Thursday, July 2, 2009

Mardhotillah or Secured Future???

Senario masa kini:

Di dunia ini terdapat hanya 14,000,000 orang Yahudi;
7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika.
Dianggarkan pula ada 1,476,233,470 umat Islam;
1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan 6 juta di America.

Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim;
seorang Hindu nisbahnya 2 Muslim,
seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim &
seorang Yahudi nisbahnya 100 Muslim.

Nisbah orang Yahudi kepada orang Islam adalah 1 kepada 100. Walau bagaimanapun, mereka 100 kali lebih berkuasa daripada umat Islam keseluruhannya (1.4 billion).

98% rakyat negara kristian tamat sekolah rendah dan 40% berjaya masuk ke university. kurang daripada 50% rakyat negara Islam tamat sekolah rendah dan hanya 2% berjaya masuk ke universiti.

Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada sejuta Muslim.
US mempunyai 4,000 saintis per sejuta.
Jepun mempunyai 5,000 per sejuta.


KENAPA UMAT ISLAM KETINGGALAN MASA KINI?

KENAPA UMAT ISLAM KINI TIDAK HEBAT?

Matlamat hidup tidak jelas dan belajar sekadar mendapat sekeping ijazah untuk memenuhi keperluan 7C: Comfort, Condo, Credit Card, Car, Club, Career, Cash


Oleh itu, kami biro akademik dari kelab kewartawanan insyaAllah akan menganjurkan satu ceramah motivasi yang bertajuk:

Knowledge Seekers:
Mardhotillah or Secured Future???


Antara objektif program:

1. Memberi kefahaman dan kesedaran akan kepentingan matlamat menuntut ilmu yang sebenar hanya kerana Allah dan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan Islam.

2. Berkongsi tips-tips belajar berkesan, tips-tips untuk menbahagikan masa dengan teratur supaya seimbang antara belajar, aktiviti berpersatuan dan aktiviti kemasyarakatan.



Semua mahasiswa dijemput hadir. Semoga kecerdikan kita dapat dimanafaatkan untuk Islam dan mendapat keredhaan Allah. Amin.

No comments:

stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme