Seorang sekutu politik Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dituduh mendalangi pembunuhan beramai-ramai sejumlah 57 orang di selatan Filipina.
Beberapa orang penduduk Islam juga turut sama menjadi mangsa dalam pembunuhan beramai-ramai ini.
Polis menggunakan daun pisang untuk mayat-mayat yang ditemui ditanam di kawasan berhampiran lokasi pembunuhan beramai-ramai di bandar Ampatuan, Maguindanao di Mindanao, Filipina. – AP
Pada 23 November yang lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menculik dan membunuh 21 orang di selatan Filipina, yang disyaki untuk menghalang seorang wanita daripada mengemukakan kertas pencalonan suaminya bagi merebut jawatan gabenor wilayah dalam pilihan raya tahun depan.
"Kami percaya banyak lagi mayat telah dikebumikan. Ada sesetengah mangsa dipenggal kepala dan badan mempunyai kesan dikerat-kerat,"
kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Romeo Brawner.
kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Romeo Brawner.
Kebanyakan saksi difahamkan melihat sendiri ahli politik Filipina mengarahkan dan mengambil bahagian dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai yang mempunyai kaitan dengan satu pilihan raya sehingga meragut nyawa penduduk tempatan.
Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun oleh pihak yang telah terpedaya dengan hasutan syaitan supaya manusia tamak dan bersifat binatang dalam mengejar KUASA hingga sanggup membunuh. Mereka mungkin boleh menipu dan pandai sembunyikan perbuatan kejam ini daripada pengetahuan awam tetapi ALLAH S.W.T menjadi SAKSI dan pasti mereka tidak akan terlepas dari hukuman di AKHIRAT nanti INSYALLAH

Wallahu’alam bis Sowab!
SUMBER
1 comment:
Abu Said al-Khudri menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ.
Ertinya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadis riwayat Muslim.
anda telah berusaha, menggunakan medan ini, tahniah..
Post a Comment