Jika seseorang yang membela tanah airnya kerana diserang dan dirobek oleh penjajah dipanggil pengganas, apa pula panggilannya buat penceroboh yang membunuh dengan kejam dan merampas tanah orang lain tanpa batas?
Ia bukan hanya perjuangan membebaskan tanah air sendiri, namun ia peperangan membela kesucian tanah milik Umat Islam sedunia. Terlalu butakah mata kita untuk melihat? atau terlalu buta hati kita untuk menilai?

Ya Allah, selamatkan bumi PALESTIN
Berikut adalah petikan dari ucapan Sheikh Abu Bakar yang diterjemahkan oleh Ustaz Irham ke dalam Bahasa Malaysia supaya mudah difahami dan diambil ikhtibar bagi umat Islam di Malaysia. Sheikh Abu Bakar merupakan seorang ulama yang buta matanya tetapi alhamdulillah dikurniakan hati yang mampu menilai.
“Al-Aqsa adalah bukan hanya milik umat Palestin atau ummat Arab, tetapi ia adalah milik umat Islam seluruh dunia. Ummat Islam wajib berusaha dan berjihad untuk membebaskannya dari cengkaman musuh-musuhnya seperti apa yang berlaku pada hari ini. Al-Aqsa telahpun diwariskan kepada umat Islam oleh Khalifah Islam yg kedua iaitu Syaidina Ummar Al-Khatab kemudian oleh Panglima Sallehuddin Al-Ayubi setelah beliau dapat membebaskan kembali Al-Aqsa dari tentera Salibi. Umat Islam di Palestin telah mendapat amanah untuk mempertahankan Al-Aqsa sejak dari Sultan Abdul Hamid ke-2,setelah beliau diturunkan dari tahtanya dalam tahun 1927.”
“Al-Aqsa adalah kiblat pertama ummat Islam seluruh dunia, Al-Aqsa adalah penghubung bumi dan langit, Al-Aqsa adalah tempat yang diberkahi oleh Allah seperti di dalam surah Al-Isra’:1, Palestin adalah tempat lahir, tempat jihad dan semadinya Rasul-rasul dari kalangan Bani Israel, Al-Aqsa adalah masjid ketiga suci di dalam Islam setelah Masjid Al Haram dan Masjid An Nabawi, Al-Aqsa adalah tempat di mana baginda Nabi SAW mengimami Rasul-rasul yang lain yang menandakan berlakunya perubahan kepimpinan dunia dari Bani Israel kepada Umat Islam.”
“Saudara-saudari yang dikasihi, umat Islam di Palestin telahpun berjihad mempertahankan Al-Aqsa dengan harta, kehormatan dan nyawa. Allah akan tanya ummat Islam seluruh dunia apakah yang telah mereka lakukan untuk membebaskan Al-Aqsa. Doa juga adalah satu satu bentuk jihad, berdoalah untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin...”

Seluruh umat Islam wajib membebaskan Palestin – Sheikh Abu Bakar
Baca lebih lanjut: HaluanPalestin
No comments:
Post a Comment