• Imagen 1 JOURNALISM CLUB
    INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
  • Imagen 3 JOURNALISM CLUB
    INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM),

Followers


Tuesday, June 30, 2009

From the Office of Journalism Club

Assalamu’alaikum w.b.t.

Dear visitors, we are in the period of up dating this weblog. We are sorry for the shortage of information in here. Our coodinator team will activate this weblog as soon as possible. Sorry again.

Wassalam,

The office of Journalism Club.

Cinta Perantau.

Sayap kasih mengepak perlahan.
Meluncuri langit perasaan.
Burung cinta menghinggapi hati.
Ranting ranting rasa bergoyang bahagia.

Di bawah mandian suria,
rintik peluh menemani langkah.
Menjinjing seluruh jiwa.
Mengheret seribu rasa.
mencari sebuah cinta.

Cinta suci pasti ada dimana mana.
Cinta itu dicari dan ditimba.

Namun cinta kecil dipinta jua.
Bakal menghiasi sebuah kembara.
Cinta sebahagian agama,
berpimpin menuju syurga.

Bibit cinta jadi ubudiah.
Damba rasa jadi tasbih.

Mencari bahtera empat ciri.
Cantik paras, jelas asalnya.
Banyak bekalnya, Bagus kemudinya.
Andai tiada berkumpul semua.
Kemudi yang benar itu mestinya.

Aku nakhoda di laut bergelora.
Tanpa kemudi yang jitu,
aku bisa sesat dan tiada sampai.
Andai salah memilih,
bahtera bakal memesongkan jalanku.

Cinta perantau,
bukan pada bahteranya.
Cinta perantau,
hanya pada kembaranya.

Siddiq Osman
khartoum,
27 Mei 2008

Monday, June 29, 2009

Kesungguhan Dalam Beramal

Salam.. Bahan renungan bersama..

Apa yang dikehendaki oleh Islam daripada penganutnya ialah membentuk umat yang soleh untuk menjadi Khalifah dan memakmurkan muka bumi, agar dengan itu ia menjadi umat yang terpelihara identitinya dan memuliakan diri ke merju jaya. Itu tidak akan dapat dicapai kecuali dengan memiliki sikap positif dan bersungguh-sungguh.

Ia hendaklah bermula dengan dirinya, kemudian berpindah posisi daripada kedudukan pengkritik kepada kedudukan penyumbang yang menggerakkan agenda dan mengepalai urusan dengan penuh keyakinan diri dan kepergantungan kepada Allah tanpa mengendahkan segala halangan atau terpengaruh dengan desakan orang awam.

Makna kesungguhan

Kesungguhan lawan kepada perkataan olok-olok, bermudah-mudah, lemah dan lembap. Ia bermaksud: "melaksanakan tanggungjawab syarak dan dakwah serta-merta, cekal, berterusan dengan menggunakan semaksimum mungkin kebolehan yang ada, tanpa mempedulikan halangan atau mencari alasan untuk tidak melakukannya" .
Sejarah telah diwarnai dan dipenuhi oleh orang-orang yang bersungguh-sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, berehat-rehat dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang-orang yang merealisasikan cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan jiddiyah (kesungguhan) dan kekuatan tekad.
Namun kebatilan pun dibela dengan bersungguh-sungguh oleh para pendukungnya, oleh kerana itulah Ali bin Abi Thalib ra. menyatakan: "Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang diurus dengan baik".
Ketika Allah menyuruh Nabi Musa as mengikuti petunjuk-Nya, tersirat di dalamnya sebuah pesanan abadi, pelajaran yang mahal dan kesan yang mendalam:
"Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; maka (Kami berfirman): Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang teguh kepada perintah-perintahny a dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasiq".(QS. Al-A’raaf (7):145)
Jiddiyah ini juga nampak pada diri Nabi Ulul Azmi (yakni Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad yang dianggap memiliki azam terkuat).
Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki kesungguhan dan semangat juang yang tidak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggalan mereka. Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa 3 baris kata yang dipahatkan di nisan kita : ‘Si Fulan lahir tarikh sekian-sekian, mati tarikh sekian-sekian’ .

To All JC members. Admin terutamanya.

Bagi memastikan kewujudan blog ini dengan lebih konsisten dengan hendaknya, ana amat memerlukan sumbangan-sumbangan dalam bentuk:
1. Bahan-bahan tarbiyah yang sesuai untuk disiarkan dalam post.
2. Ahli-ahli yang dengan sukarela ingin menyumbangkan kepakaran mereka untuk menyelenggara blog ini. Kepada yang berminat, boleh email ke bajet_serendah@yahoo.com serta nyatakan sekali bidang kepakaran anda.

Ana juga bercadang untuk mewujudkan 'pages' yang mengkhususkan kepada perkara-perkara tertentu:
1. Home
2. Pengenalan kepada JC
3. Galeri (gambar & video)
4. Bahan-bahan fikrah
setiap page berikut akan dikepalai (masih belum di'assign'kan lagi) yang akan menguruskan tentang bahan-bahan dan dan perkara-perkara teknikal blog.

Cadangan-cadangan bernas amat diperlukan.jzk.

Sunday, June 21, 2009

Good Luck? No...WITH ALLAH'S HELP...

I wish all of the JC members who will sit on this short sem examination to be helped by Allah in their exam. Luck? Luck is nothing without preparation because a scholar once said that:
"Lucks come when preparation meets opprtunity"...

Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Untuk Sem 1 2009/2010

Beberapa kata sepakat telah dicapai dalam mesyarat ini:
1. Untuk mengadakan satu forum yang bertemakan "media ethics". Hasil kesepakatan, saudara Umar Ismail telah dilantik sebagai Program Manager kepada program yang dirancang untuk dianjurkan pada 08/08/2009.
2. JC akan terus mengadakan program tidak formal seperti Kuliah Tazkiyah Nafs dan Mass Gathering biarpun tidak mendapat bajet daripada S-Dev.
3. AGM dirancang untuk diadakn selepas seminggu tamatnya Pesta Convest.
4. Induction Course seterusnya adalah termasuk dalam Almanac sesi 2008/2009.
5. Blog JC yang terbaru akan diwujudkan melalui platform blogspot bagi memudahkan pengurusan mengemaskini berita-berita terbaru tentang JC kerana ia memberi peluang lebih peluang kepada ahli-ahli yang sudah mahir dalam blogspot.

Kita merancang, Allah sahaja yang menentukan. Namun, tanpa usaha merancang dan melaksana, Allah juga tidak akan merancang dan melaksana untuk kita.

Wednesday, June 17, 2009

Again...the new one

Assalamualaikum...the 4th JC blog in trial.hopefully it will consistently developing.
stat tracker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme